Pages

Tuesday, May 31, 2011

Susahnya rasa nak SYUKUR...

Kenapa kita rasa payah nak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Padahal kita hidup senang, sempurna lengkap segalanya. Tapi?? 

Manusia kadang kala alpa dengan apa yang mereka kejar. Ada yang kejar kemewahan duniawi sampai lupa untuk ucap syukur kepada-Nya yang memberi nikmat. Nikmat tidak akan datang bergolek, perlu usaha. Betul. Perlulah sentiasa bergantung harap kepada-Nya. Sentiasa syukur dengan apa yang di berikan-Nya. Walaupun ada yang hidup dalam serba kekurangan, syukur dan terima kasihlah kepada Dia kerana kita masih dapat merasainya. Kan lebih baik dapat merasainya daripada tiada langsung?

Dia pun selalu cakap dengan aku, Syukur dan redha dengan apa jua. Kalau kita syukur even benda tu sikit aja, itu pun da memadai. Tak perlu gusar dengan nikmat yang Dia bagi. Kalau kita selalu syukur pasti Dia akan bagi kita lebih dari kita nak. 

Belajarlah untuk bersyukur dan sentiasa gembira dengan apa yang kita ada. Hidup ini akan indah kalau kita jalaninya dengan betul. Hanya Dia tempat kita meminta dan berserah. :)

2 comments:

  1. Hakikatnya, itulah manusia kan piya, thats why Prophet s.a.w said- Al-din al-Nasihah (agama itu nasihat) manusia itu akan lalai dan kerana itu saling ingat mengingati itu perlu ada dalam diri seorang Muslim :)

    ReplyDelete
  2. btul tu dear! mmg kne saling ingt... :)

    ReplyDelete