Pages

Friday, January 13, 2012

Perubahan

Bismillahirrahmanirrahim,

Oke, dah lama sangat tak update blog... dah dekat berbulan gak la kan.. Huhu.. Baaaanyak sangat perubahan berlaku sekarang.. Kerja-Hidup dan macam-macam lagi la.. Ni pepagi ape tah mimpi nya nak update blog macam tak percaya ja..Heh...

Alhamdulillah syukur sangat dengan nikmat yang Allah bagi sekarang... tak terkata rasanya..
lesson : sentiasalah bersangka baik dengan-Nya, InsyaAllah Dia akan bagi apa yang kita nak..


Mode : Still dalam mimpi... In planning melangkah ke fasa baru, just hoping and hoping everything will run smoothly..Pray n always pray that He will ease us.. Thank you so much umi abah kerna telah memudahkan segalanya, tak percaya aja... (boleh x? heh.. ) Macam-macam rasa ada -_- At the same time, keberkatan perlu (macam dalam citer ape tah dulu, tak ingat KAF-BA-RA'-KAF-ALIF-TA'-ALIF-NUN :D ), banyak benda perlu dititikberatkan.. Huh, bukan senang tau.. tapi perlu, kalau tak macam mana Allah nak redha dengan apa yang kita buat ^_~ Ini yang umi tekankan in our planning, thanks umi! :)


Dalam masa singkat ni, list yang sangat perlu:
- Ilmu perlu cukup
- Persediaan (mental, fizikal n emosi.. Emosi sangat sng berubah skrg, adeh -_-)
- Motivasi diri sendiri (dengarlah Dr Muhaya, saaangat best ok)
- Saling nasihat-menasihati n ambil pandangan orang lain
- Doa n doa n doa.. (Tidak sekali-kali berputus harap)

 
ps: pinjam gambar :D


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَاقُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَالِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


"Ya Tuhan Kami ! Kurniakanlah bagi kami akan isteri/suami kami dan anak-anak keturunan kami sebagai penyejuk mata hati kami serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa"

 











Thursday, August 25, 2011

Ragam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam celik da nak sampai ke penghujung.. sat ja rasa.. Macam gelagat boleh tgk.. Nak kejar ramadhan nak abes atau pun raya yang bakal tiba..

Awal-awal ramadhan masjid, surau penuh aja.. sampaikan kena solat di luar la.. tapi bila da akhir-akhir ni boleh tgk ja berapa kerat aja yang tinggal.. 

* Islam kan agama yang mudah. Kalau solat nak duduk tahiyyat akhir pun payah, kita dibolehkan duduk tahiyyat awal. Tak perlu lah nak berebut-rebut dgn orang sebelah sampai muka pun ketat aja nak solat.. Heh.. Macam-macam..

*Kebanyakan orang berpuasa tapi tidak sembahyang. Hmmm... Macam mana la tu ye?? Lihat aja di sekeliling, pasti akan dapat jawapannya.. :) 


Masih ade masa untuk ramadhan.. Masih belum terlambat.. Ayuh!~ :)


Syawal ni byk jemputan kahwin member2, tahniah!~ 
Aku tunggu saat ja bila nya tah.. :D

Sunday, June 12, 2011

Si cutey

Entry kali ni khas buat si cantik manis Cik Shaznienadia Shahidan..




Dear Yaa,
   HAPPY BIRTHDAY yang ke **.. :)
   We were born in same month just 5 days after me..
May Allah bless u always in your life.. 
   May happiness always be with  you..
   Good luck in everything u do..
   
   Please do take care of urself... Cepat-cepat ketemu jodohnya ya!~:D 
Sayang kamu banget!~
   Lots of luv,
     Safya 


She's one of my good friend since matrik.. 
Adat berkawan... susah senang, suka duka mesti ada.. 
Thank you soooo much coz be one of my good fren in my life..




ps: Babe, tq soooo much for this! mmg terharu sgt....n sgt sedapppp! dah boleh buat tempah ni.. :) 
 


*Kenangan bersama sentiasa di ingati
Sampai kita ketemu lagi
 Jaga diri dengan hati-hati
Insya-Allah kita bersatu lagi 


Thursday, June 9, 2011

Tambah lagi setahun

Alhamdulillah, syukur! Masih dipanjangkan lagi umur, tambah setahun lagi... :D Wah! Sudah besar rasanya. Tapi, apa ada pada umur sangat kan? Heh.. Tahun ni, dah capai target nak grad, alhamdulillah. La ni tunggu konvo ja bulan 10 ni. Target satu lagi pun da berakhir
-end- :)

Kata-kata dari mereka:

"Umur dah meningkat, amalan pun kena meningkat juga.." (Umi)
"...Moga menjadi anak yang solehah" (Kakak)
"Taknak wish banyak-banyak dear, cuma nak pesan, senyum selalu!" (Teha)
"To the world, you may be a person, yet to me hime, you are my world" (Tuan) 


Banyak lagi wish2 nye..Terima kasih banyak-banyak atas doa kalian. Amin.... ^_^


time kasih kakak! thn lepas 2, kali ni 3. Thn dpn?? :P :D
tq abah n umi!~ Love u!



Aku?? 

Belajar dan terus belajar untuk syukuri nikmat yang memang banyak ada ni..Nikmat kesihatan, umur dan macam2 lagi...Belajar juga menyusuri jalan yang indah dalam capai redhanya.

Hadiah?? Cukuplah masih bersama orang-orang yang tersayang di sekelilingku...

ps: terima kasih umi lahirkan afiya.. Akan cuba berusaha seperti yang umi abah nak.. 





"Semaikan benih-benih keikhlasan dalam apa yang dilakukan
 Lunaskan embun kesabaran dalam hati
 Redha dengan segala ketentuannya 
 Dan sematkan tawakkal dalam setiap kebaikan yang dilakukan" 
[Terima kasih :)]

 

Friday, June 3, 2011

Macam-macam ragam

Semua inginkan hidup ni manis macam gula
 -Before-
"Dgn siapa saya bercakap ni ya... encik nama??" (dengan cepatnya memotong..) "Dr..Dr......" (Fuuuhhhh!!)

 -During-
"Awak tau x awk keja skrg ni buruh kasar aje, kita pon ada buruh kasar di bawah tuh.. Saya tak dapat nak tolong awak, dah awak yang pilih nak kerja macam tu skrg..n saya tak minat ngan awak (dgn terang2an mengcancel borang aku di hadapannye)...bla bla blaaaa"

Haa...itu ialah kata-kata dari seorang yang berpangkat besar, i guess! Ni one of dialog aku p interbiu for kerja minggu lepas.. Setakat ni adala juga aku p interbiu dalam 4,5 kali jugala.. Then, still tak dapat kerja n aku decide nak wat part-time sementara tak dapat kerja tetap lagi. Tapi. dia plak persoalkan lebih nape aku decide nak wat part-time, sbg "buruh kasar".. Huhu, memang sabor ajala!~

So, bila kena gtu agak tersentapla juga. Tak tau napa ada org yg gtu skrg. Aku kerja kat kedai buku kot, kerja mulia. Kerja kan ibadah. Ada beza ke orang bawahan ngan orang atas. Yes! Mungkin beza dari pangkat n lain2. Tapi, orang atas takkan berjaya tanpa orang bawah juga. Betul kan?? :D

After that, aku pun decide hold dulu nak cari kerja. Bukan maksud aku cerewet ke apa, tp tgk juga pada environment sume camne la juga. N i have plan to do.. Heh.. Banyak sgt plannye dalam kepala ni. :P


Lesson: Belajar untuk sentiasa menghadapi ragam manusia kerna lain orang kan lain ragam. Mksudnya banyakkanlah SABAR N juga janganlah merendah2 kan orang lain. As long as we did a good work n enjoy. why not, right? :)




*niat dalam apa jua dilakukan, sure Dia akan bantu permudahkan segalanya. :)




Wednesday, June 1, 2011

Pejam celik, sat aja

Arini da masuk 1 Jun. Macam tak percaya. Asek ja tanya betul ke tidak. Hehe... 

Masa berlalu dengan begitu pantas, antara sedar atau tidak saja
Macam masih terasa tahun lepas tarikh yang sama pada hari ni aku berada di ofis di Shah Alam buat praktikal. Pejam celik sat aja rasa. MasyaAllah.


Tetibe teringat. Jun tahun lepas aku dalam keadaan yang memang tunggang terbalikla. Macam bukan Safiyah yang sebenarnyala (errr.. takkan zombi lak kan,huhu) Tapi yang pasti aku sendiri tak tau nak cakap camna. Hopeless- tired- speechless and memacam ada  (macam dalam astro :D). But, i really glad to have my friends with me at that time. Thank you guys! Really appreciate it n love u all!~



Permulaan Jun kali ni agak bagus n sangat berharap ia menjadi titik bermulanya segala-galanya untuk aku. Arini aku berada di kedai. Haaa... la ni aku keja di kedai buku near by  umah je, buat part-time sementara tak dapat lagi kerja tetap. Tapi macam rasa nak berhenti before puasa or raya, tgk keadaan nanti camna. Heh.

Pejam celik ja pun da abes belajar. Kalau dulu masa kat matrik duk la bising2 bila nak abes, duk kira gak lg bape lame nak abes masa first year kat Gombak At last, alhamdulillah. Settle sudah. Cuma la ni tgh dalam planning2 la juga nak wat apa, nak kerja apa. Arituh ada juga p interbiu dekat 4, 5 kali juga and dapat pengalaman cam night mare gakla. Then, aku stop jap cari kerja. Hehe. Aku sebenarnya suka nak duduk rumah, buat kerja dari umah. Bila member tanya nak kerja apa dulu, aku keep on saying nak jadi suriumah. Hehe. And i have planning la juga nak buat apa. N nak make it happen, pray for me ya! :)


rindu kalian..



L.O.V..E - pengubat hati :)

Pejam celik juga masing2 dgn hala tuju masing2. Lepas abes belajar ni banyak dapat jemputan walimah dari kengkwn, mmg depa pakat nak kawen pas belajar la kut kn. Hehe. Ni aku pun nak tunggu minggu depan one of my good frens since matrik nak kawen da. TAHNIAH IN ADVANCE CIK SHANA BAKAL PUAN :).. Aku??? Berserah aja, tak tau bila. :)

*Rindu zaman belajar - sekolah- universiti

Tuesday, May 31, 2011

Susahnya rasa nak SYUKUR...

Kenapa kita rasa payah nak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Padahal kita hidup senang, sempurna lengkap segalanya. Tapi?? 

Manusia kadang kala alpa dengan apa yang mereka kejar. Ada yang kejar kemewahan duniawi sampai lupa untuk ucap syukur kepada-Nya yang memberi nikmat. Nikmat tidak akan datang bergolek, perlu usaha. Betul. Perlulah sentiasa bergantung harap kepada-Nya. Sentiasa syukur dengan apa yang di berikan-Nya. Walaupun ada yang hidup dalam serba kekurangan, syukur dan terima kasihlah kepada Dia kerana kita masih dapat merasainya. Kan lebih baik dapat merasainya daripada tiada langsung?

Dia pun selalu cakap dengan aku, Syukur dan redha dengan apa jua. Kalau kita syukur even benda tu sikit aja, itu pun da memadai. Tak perlu gusar dengan nikmat yang Dia bagi. Kalau kita selalu syukur pasti Dia akan bagi kita lebih dari kita nak. 

Belajarlah untuk bersyukur dan sentiasa gembira dengan apa yang kita ada. Hidup ini akan indah kalau kita jalaninya dengan betul. Hanya Dia tempat kita meminta dan berserah. :)