Pages

Thursday, August 25, 2011

Ragam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Pejam celik da nak sampai ke penghujung.. sat ja rasa.. Macam gelagat boleh tgk.. Nak kejar ramadhan nak abes atau pun raya yang bakal tiba..

Awal-awal ramadhan masjid, surau penuh aja.. sampaikan kena solat di luar la.. tapi bila da akhir-akhir ni boleh tgk ja berapa kerat aja yang tinggal.. 

* Islam kan agama yang mudah. Kalau solat nak duduk tahiyyat akhir pun payah, kita dibolehkan duduk tahiyyat awal. Tak perlu lah nak berebut-rebut dgn orang sebelah sampai muka pun ketat aja nak solat.. Heh.. Macam-macam..

*Kebanyakan orang berpuasa tapi tidak sembahyang. Hmmm... Macam mana la tu ye?? Lihat aja di sekeliling, pasti akan dapat jawapannya.. :) 


Masih ade masa untuk ramadhan.. Masih belum terlambat.. Ayuh!~ :)


Syawal ni byk jemputan kahwin member2, tahniah!~ 
Aku tunggu saat ja bila nya tah.. :D

Sunday, June 12, 2011

Si cutey

Entry kali ni khas buat si cantik manis Cik Shaznienadia Shahidan..




Dear Yaa,
   HAPPY BIRTHDAY yang ke **.. :)
   We were born in same month just 5 days after me..
May Allah bless u always in your life.. 
   May happiness always be with  you..
   Good luck in everything u do..
   
   Please do take care of urself... Cepat-cepat ketemu jodohnya ya!~:D 
Sayang kamu banget!~
   Lots of luv,
     Safya 


She's one of my good friend since matrik.. 
Adat berkawan... susah senang, suka duka mesti ada.. 
Thank you soooo much coz be one of my good fren in my life..




ps: Babe, tq soooo much for this! mmg terharu sgt....n sgt sedapppp! dah boleh buat tempah ni.. :) 
 


*Kenangan bersama sentiasa di ingati
Sampai kita ketemu lagi
 Jaga diri dengan hati-hati
Insya-Allah kita bersatu lagi 


Thursday, June 9, 2011

Tambah lagi setahun

Alhamdulillah, syukur! Masih dipanjangkan lagi umur, tambah setahun lagi... :D Wah! Sudah besar rasanya. Tapi, apa ada pada umur sangat kan? Heh.. Tahun ni, dah capai target nak grad, alhamdulillah. La ni tunggu konvo ja bulan 10 ni. Target satu lagi pun da berakhir
-end- :)

Kata-kata dari mereka:

"Umur dah meningkat, amalan pun kena meningkat juga.." (Umi)
"...Moga menjadi anak yang solehah" (Kakak)
"Taknak wish banyak-banyak dear, cuma nak pesan, senyum selalu!" (Teha)
"To the world, you may be a person, yet to me hime, you are my world" (Tuan) 


Banyak lagi wish2 nye..Terima kasih banyak-banyak atas doa kalian. Amin.... ^_^


time kasih kakak! thn lepas 2, kali ni 3. Thn dpn?? :P :D
tq abah n umi!~ Love u!



Aku?? 

Belajar dan terus belajar untuk syukuri nikmat yang memang banyak ada ni..Nikmat kesihatan, umur dan macam2 lagi...Belajar juga menyusuri jalan yang indah dalam capai redhanya.

Hadiah?? Cukuplah masih bersama orang-orang yang tersayang di sekelilingku...

ps: terima kasih umi lahirkan afiya.. Akan cuba berusaha seperti yang umi abah nak.. 





"Semaikan benih-benih keikhlasan dalam apa yang dilakukan
 Lunaskan embun kesabaran dalam hati
 Redha dengan segala ketentuannya 
 Dan sematkan tawakkal dalam setiap kebaikan yang dilakukan" 
[Terima kasih :)]

 

Friday, June 3, 2011

Macam-macam ragam

Semua inginkan hidup ni manis macam gula
 -Before-
"Dgn siapa saya bercakap ni ya... encik nama??" (dengan cepatnya memotong..) "Dr..Dr......" (Fuuuhhhh!!)

 -During-
"Awak tau x awk keja skrg ni buruh kasar aje, kita pon ada buruh kasar di bawah tuh.. Saya tak dapat nak tolong awak, dah awak yang pilih nak kerja macam tu skrg..n saya tak minat ngan awak (dgn terang2an mengcancel borang aku di hadapannye)...bla bla blaaaa"

Haa...itu ialah kata-kata dari seorang yang berpangkat besar, i guess! Ni one of dialog aku p interbiu for kerja minggu lepas.. Setakat ni adala juga aku p interbiu dalam 4,5 kali jugala.. Then, still tak dapat kerja n aku decide nak wat part-time sementara tak dapat kerja tetap lagi. Tapi. dia plak persoalkan lebih nape aku decide nak wat part-time, sbg "buruh kasar".. Huhu, memang sabor ajala!~

So, bila kena gtu agak tersentapla juga. Tak tau napa ada org yg gtu skrg. Aku kerja kat kedai buku kot, kerja mulia. Kerja kan ibadah. Ada beza ke orang bawahan ngan orang atas. Yes! Mungkin beza dari pangkat n lain2. Tapi, orang atas takkan berjaya tanpa orang bawah juga. Betul kan?? :D

After that, aku pun decide hold dulu nak cari kerja. Bukan maksud aku cerewet ke apa, tp tgk juga pada environment sume camne la juga. N i have plan to do.. Heh.. Banyak sgt plannye dalam kepala ni. :P


Lesson: Belajar untuk sentiasa menghadapi ragam manusia kerna lain orang kan lain ragam. Mksudnya banyakkanlah SABAR N juga janganlah merendah2 kan orang lain. As long as we did a good work n enjoy. why not, right? :)




*niat dalam apa jua dilakukan, sure Dia akan bantu permudahkan segalanya. :)




Wednesday, June 1, 2011

Pejam celik, sat aja

Arini da masuk 1 Jun. Macam tak percaya. Asek ja tanya betul ke tidak. Hehe... 

Masa berlalu dengan begitu pantas, antara sedar atau tidak saja
Macam masih terasa tahun lepas tarikh yang sama pada hari ni aku berada di ofis di Shah Alam buat praktikal. Pejam celik sat aja rasa. MasyaAllah.


Tetibe teringat. Jun tahun lepas aku dalam keadaan yang memang tunggang terbalikla. Macam bukan Safiyah yang sebenarnyala (errr.. takkan zombi lak kan,huhu) Tapi yang pasti aku sendiri tak tau nak cakap camna. Hopeless- tired- speechless and memacam ada  (macam dalam astro :D). But, i really glad to have my friends with me at that time. Thank you guys! Really appreciate it n love u all!~



Permulaan Jun kali ni agak bagus n sangat berharap ia menjadi titik bermulanya segala-galanya untuk aku. Arini aku berada di kedai. Haaa... la ni aku keja di kedai buku near by  umah je, buat part-time sementara tak dapat lagi kerja tetap. Tapi macam rasa nak berhenti before puasa or raya, tgk keadaan nanti camna. Heh.

Pejam celik ja pun da abes belajar. Kalau dulu masa kat matrik duk la bising2 bila nak abes, duk kira gak lg bape lame nak abes masa first year kat Gombak At last, alhamdulillah. Settle sudah. Cuma la ni tgh dalam planning2 la juga nak wat apa, nak kerja apa. Arituh ada juga p interbiu dekat 4, 5 kali juga and dapat pengalaman cam night mare gakla. Then, aku stop jap cari kerja. Hehe. Aku sebenarnya suka nak duduk rumah, buat kerja dari umah. Bila member tanya nak kerja apa dulu, aku keep on saying nak jadi suriumah. Hehe. And i have planning la juga nak buat apa. N nak make it happen, pray for me ya! :)


rindu kalian..



L.O.V..E - pengubat hati :)

Pejam celik juga masing2 dgn hala tuju masing2. Lepas abes belajar ni banyak dapat jemputan walimah dari kengkwn, mmg depa pakat nak kawen pas belajar la kut kn. Hehe. Ni aku pun nak tunggu minggu depan one of my good frens since matrik nak kawen da. TAHNIAH IN ADVANCE CIK SHANA BAKAL PUAN :).. Aku??? Berserah aja, tak tau bila. :)

*Rindu zaman belajar - sekolah- universiti

Tuesday, May 31, 2011

Susahnya rasa nak SYUKUR...

Kenapa kita rasa payah nak bersyukur dengan nikmat yang diberikan? Padahal kita hidup senang, sempurna lengkap segalanya. Tapi?? 

Manusia kadang kala alpa dengan apa yang mereka kejar. Ada yang kejar kemewahan duniawi sampai lupa untuk ucap syukur kepada-Nya yang memberi nikmat. Nikmat tidak akan datang bergolek, perlu usaha. Betul. Perlulah sentiasa bergantung harap kepada-Nya. Sentiasa syukur dengan apa yang di berikan-Nya. Walaupun ada yang hidup dalam serba kekurangan, syukur dan terima kasihlah kepada Dia kerana kita masih dapat merasainya. Kan lebih baik dapat merasainya daripada tiada langsung?

Dia pun selalu cakap dengan aku, Syukur dan redha dengan apa jua. Kalau kita syukur even benda tu sikit aja, itu pun da memadai. Tak perlu gusar dengan nikmat yang Dia bagi. Kalau kita selalu syukur pasti Dia akan bagi kita lebih dari kita nak. 

Belajarlah untuk bersyukur dan sentiasa gembira dengan apa yang kita ada. Hidup ini akan indah kalau kita jalaninya dengan betul. Hanya Dia tempat kita meminta dan berserah. :)

Thursday, May 26, 2011

VERSUS

Tajuk "VERSUS" ni bukanlah pasal buku hlovate ye.. heh, tapi bacalah bagi sape yg blum baca, mmg saaaaaaangat best! :D

Oke. KERJA versus MASTER. Tibe-tibe ja terpk nak buat master, tapi in what program tak sure lg. Nak kena tanya yg pakarla. Tapi intention da ada. Cuma perlu wat istikharah juga :)

KERJA. La ni, everyday depan lappy. Online. Search for the vacancy jobs. Apply n applyla juga. Ada juga pi interbiu. Mungkin tiada rezki lagi. Utk sementara buat part-time n adala nak mula2 ceburi kerja di umah ni.. Hehe.. Selain itu juga, wat Herbalife... So, sape minat leh pm ye :)

Tidak putus berdoa mohon dimurahkan rezki dan dipemudahkan segalanya. :) Itu aja jalannya.

*nak cari template blog baru, any idea? :)

Thursday, May 19, 2011

Bangkok! Amazing!!

Da lame tak update blog.. banyak benda kot senanyer nak update.. banyak je draft aku simpan tp tak post pon.. Hehe...

Alhamdulillah, selamat pergi n pulang melawat Bangkok.. Tak penah sampi pon lg. P sana for the first time utk training Herbalife Extrvaganza.. Weeee!!~ Syok sangat! Selebihnya makan angin ja banyak.. Tq abah for helping me.. :) Banyak input dpt p sana, input yg boleh di pakai dalam kehidupan seharian.. Next target nak p korea lak september ni, insyaAllah. Harapnya dipemudahkan segalanya.

Ni aku masukkan sket gbr2 masa di Bangkok..selebihnya bole tgk d fb aku  ^_^

one of the creative souvenir at floating market

with my rumate at herbalife office

floating market! best!

begambar dgn taiwan people at extravaganza!

my upline aka my school mate buddies.. :) da kawen n ade 1 child.. pecaya x? :D

So, for those who are interested to do herbalife or want to consume it to get healthy body, pls do contact me 012 2331353 / 013 3531705.. I will help u, no problem :)

Saturday, April 2, 2011

MEREKA..

Bila bercakap ttg mereka ni pasti hati tersentuh..Mana taknya orang yang paling disayangi, tanpa mereka tentulah tiadanya aku ni skrg.. Redha Allah terletak dlm redha ibu bapa… Nak kata payah nk dpt, tak jugak. Sebenarnya hanya follow aja apa yg ibu ayah suruh, then dapatla redha mereka n jugak redha Allah. 





Umi abah… mestilah nk yg terbaik utk anak2nya.. yela, nti sapa lg nak doakan mereka kalau bukan kita kan? Kadang2 bila ditegur di marah, utk kebaikan anak-anak juga. Cuma kadang anak2 takleh nak pk kebaikan sendiri juga. Anak-anak perlu ditegur di nasihat lagi2 perlu di beri didikan agama yg secukupnya… bukan setakat ajar dari segi teori tetapi praktikal juga. Ini yang selalu umi cakap kat kami. Sebab itulah umi abah aku buat yg sepatutnya n berharap anak2 akan paham n ikut seperti mereka. 



Umi abah… Ada benda yang di bagi n tak bagi..utk kepentingan anak2 juga.. aku tau tu.. Cuma kadangkala jadi wat tak tau..Huhu.. Ala, anak2 kan byk je benda nak, itula inila… lagi2 kalau kuar ngan parents, sure amek aja apa yg mau… Bila di kata tak boleh, tarik muka. Bukan tanak bagi cuma nak ajar anak2 utk lebih berdikari dan menghargai sesuatu. Kadang parents bukan tanak bagi, mmgla mula2 cakap tak, tapi lepas tu sure mereka akan bagi juga.. Mereka takkan biar anak2 mereka rasa susah… Apa yang nak sure akan di bagi… Cuma before nak bagi tu ada la syarat2 n juga halangan,  saja derang nak bagi hold bagi kita sabar n mcm2 la...Percayalah!









Jadi… Sebagai anak, sentiasalah menjadi rational n positif juga. Tidak terlalu ikut emosi  Bagi ibu ayah, mereka cuma nakkan yang terbaik untuk anak2 mereka, mereka ada tanggungjawab yg perlu di laksanakan n juga perlu di jawab pada Allah di hari akhirat kelak. One day bila kita jadi ibu bapa kita pasti tahu n akan ingat nape mak ayah kita wat gtu wat gni kat kita. Trylah utk menjadi anak yang soleh solehah n  mendapat redha ibu ayah dalam apa jua kita lakukan. Hargailah mereka selagi mereka ada, n bagi yang tiada doa anak2 yg penting utk mereka.  Sekadar peringatan utk aku, kamu dan semua dalam mengecapi kebahagiaan yang sebenar. ^_^


Add caption



.. Senyum tangis mereka terletak pada kita, kan anak-anak penyejuk mata mereka ..

Friday, March 11, 2011

DIA lebih tahu

 

Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, kerna Dia lah yg memberikan kita nikmat dan jugak sebaliknya.


Kadang kita sering tertanya samada apa kita wat betul ke tak di sisNya. Bila sesuatu musibah berlaku, kita selalu cakap apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Betul. Setiap yang terjadi samada baik mahupun buruk ada maksudnye. Dua-dua tu sebenarnya ada kebaikan cume ia mungkin tak dapat di lihat bagi sesiapa yang tidak redha dgn ujianNya.


Contohnya, berkaitan jodoh. Ada orang yg umur lebih 30-an pun masih tak kawen. Ada yang kawen muda even pas abes sekolah. Kita takleh nak compare kan setiap manusia itu, kenapa si dia leh kawen awl n si dia tu tak kawen2. Kan Dia da tetapkan bagi kita apa yg Dia rase terbaik utk kita. Kita biase dengar kan, jodoh pertemuan tu di tangan Allah. Kalau tak kawen lagi even tak jumpe pasangan lagi, mungkin akan jumpe akan datang. Toksah risau ye. Cuma Dia tak bagi je lg utk masa sekrang, kene tgk hikmahnya, mgkn nak bagi kita fokus kepada belajar, family even society sendiri.. sentiasa bersangka baik k, kan Dia lebih tahu?


Lagi pulak, bila ada yg kecundang dlm perhubungan di saat-saat bahagia mereka. Haa.. ni semestinya yang agak sakit. Yerla kan, bila da elok-elok tetibe tak menjadi la kan, for sure sedey sgt kan. Kene tengok ape yg kita da wat, mungkin ada silap nye yg Dia nak tunjuk. Tapi, the thing is kene belajar redha and sabar. Takde lain da leh wat. Even menangis bagai nak rak pon, tak makan berhari-hari or berbulan pon, stil kita takleh nak ubah takdirnya. Just try to accept what He has given us. It is the best for us. Perlu sgt utk realistik and positif.


Ala macam dalam cite Syurga Cinta tu, kan ada cakap,

Kdg2 Allah sembunyikan matahari, DIA dtgkn petir & kilat. Kita tertanya2 kemana hilangnya matahari.. rupa2nya Allah berikan kita pelangi.. 

 Jodoh terbahagi kepada tiga...

Jodoh Dari Syaitan - Kamu berjumpa dan bercinta, lantas berpegangan tangan dan akhirnya Syuhada mengandung, baru kamu berkahwin.

Jodoh Dari Jin - Kamu menyukai Syuhada tetapi Syuhada tidak, kamu sihirkan dia dan kamu berkahwin..

Jodoh Dari Allah - Kamu berjumpa, bertentangan mata lantas menusuk ke hati, kamu meminang Syuhada, dan Syuhada menerimanya, kamu berkahwin dan berkekalan. Inilah yang dinamakan Syurga Cinta.


So, kita nak jodoh yg macam mana? tanya hati ye... :)

Ade je org ckp "ala, ko tak merasa senangla ckp kn".. Btul, org yg merasa tak same dgn orang yg tak alaminya. Tapi,  Kalau kita tak belajar utk redha n positif dalam hidup, kita akan hanyut dgn perasaan sendiri. Sampai bila? tanyalah pada diri masing-masing. Even kalau tgk masyarakat skrg suka amek jalan mudah utk ubati frustnye, stressnye konon utk tenangkan jiwa, sdgkan mereka tau salah tp tetap melakukannya.


..Janganlah bersedih kerana sesuatu yg tidak pasti, kerna apa yg lebih pasti Dia akan berikan yang lebih baik dari itu..


The other thing, sakit. Sape yg suka bila sakit kan? tapi kadang aku suka gak la, cam demam kn, sbb nanti ada org masakkan bubur n layan. :P hehehe...  Back to the point ye, bila kita di berikan sakit or musibah, try belajar utk tidak terlalu keluh kesah. Even aku sendiri sdg belajar. Heh. Bila sehat n senang je, mesti kita pon senang hati, kadang terasa alpa sedikit dgn kenikmatan tu. Tapi, bila sakit pula, datang tanpa di duga, mulalah gabra, baru nak doa minta baik n mcm2. Sebaiknya, bukan time susah n sakit je mohon doa tapi masa senang pon perlu. Itu sebaiknya. Kita mensyukuri nikmat kesenangan n juga nikmat kesakitan. Bila Dia beri susah n sakit, Dia nak uji kita samada kita mampu hadapinya. Aku penah post pasal ni jugak sblm ni, tgk2 la ye.

Lagi satu, bisnes. Aku baru je try2 buat bisnes. Baby lagi ha n masih perlu banyak belajar.Bisnes halal ok n sgt berguna utk hidup. Haa, nak tau leh tny aku ek.. Ada orang tanya, "susah tak buat bisnes?" "yakin ke leh wat, mampu ke?" n mcm2 lagila. Tipu la nak kata takde rase susah kn. Even Nabi pon masa zamannye lagila. Dalam nak hidupkan Islam n berjaya, banyak sgt cabaran yg Nabi hadapi. Tapi, apa yg Nabi kekalkan utk berjaya? Doa dan sabar. Betul x? Jadi..... kita pon perlulah ikut macam Nabi. Jangan lah cepat putus harap, kene banyakkan doa, banyakkan sabar, sentiasa yakin dgn apa yg kita wat, n niat juga mestilah baik ye. Jgn duk pk pasal duit ja k? Niat tu penting. Lagi pula toksahlah pk ape yg orang kata. Anggaplah itu sbg sedikit saja cabaran utk kita mendapat banyak ganjaran lepas ni. Dalam hidup ni, kita pasti akan merasa dua benda ni, jatuh dan bangun dalam hidup. Mmg akan rase, btl x? Kalau kita jatuh, itu maksudnye Dia nak tunjuk kita utk lagi usaha n kuat. Bila jatuhlah kita akan belajar utk capai ape kita nak. Sama gak macam belajar kan. Contohnye ada fail subjek, CGPA pon turun, tak semestinya kita ni bodoh ke ape, mungkin cuma kita perlu lebih usaha utk lagi better pasni. Senang cerita la kan, dalam hidup ni mmg kita akan berada di bawah n juga di atas. Kan hidup ni macam roda, kejap di atas, kejap di bawah. Takde sape yg nak berada di bawah, melainkan dia sendiri mmg nak kan gitu. "Allah takkan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya sendiri". Na k capai tahap success perlu ade step2 nye jugak, manada yg trus je berjaya, btul kan? So, sabar ye dlm meniti tangga-tangga ke arah kejayaan and target masing-masing.





NIAT + USAHA + DOA = SUCCESS InsyaAllah ^_~







Kan ke kita da biase dgr pengalaman mengajar n mendewasakan kita. Even kita tak rasa nya tapi kadang kita perlu lihat pengalaman orang sekeliling kita. Kalau terjadi kat kita lak, kita da leh tau camne nak handlenye, kan?



Senyum selalu k? hati pasti senang.. :))



 -Terima kaseh- :))


Belajarlah utk selalu beranggapan baik. Jodoh, sakit n apa jua yg berlaku pada kita samada sakit atau senang, selaluah beringat-ingat. Apa yg belaku, yakinlah Dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita.  Letakkan dalam diri sifat sabar, tak putus asa n juga positif. Banyakkan juga baca bahan ilmiah n juga motivasi. InsyaAllah kita akan merasa lebih bersemangat lepas tu n senang kata ala..macam mulakan hidup baru dgn azam baru la..ok?  ^_^

Saya tak boleh STRESS!!

Haa...entry kali ni berkenaan STRESS.. tak tau nape sejak hp ilang serabut aje ha..mmg betul take time la nak ok semula. Mmg stress je ase. Ni lagi pulak nak dkt exam kn for sure la akan stress, nak mengsettlekan ape yg sepatutnye n mcm2 la..

STRESS?? For sure la sume org tak suke bila stress. Yerla kadang tu leh wat pecah pale bila stress n lagi2 emo abis la. Baby ni pon stress..heh..



Saya TAK BOLEH STRESS....

Kenapa????

Pertama, kalau saya stress nti sy bertambah sakit.. nanti menjadi2la my eczema ni. Doktor selalu nasihat elakkan stress, tapi musykil la gak kn..

Kedua, saya tak suke tgk org stress.. sbb bila org stress ni nti muka pasti monyok aje, serabut aje..nti saya pon turut jd gtu..stress bila tgk org stress..haha. tu pasal la saya tak boleh stress, nti saya yg emo lg dr org stress..heh (da penah merasa, mmg saket la ase :P )


Nak tau SYMPTOM stress??.




Kalau tgk kat ats ni,mesti ade kan symptom2nye..haa...korang try la tgk kot ade mana2 yg berkaitan ke kan...heh..kalau aku nye mcm byk je...heh..


Ni nak share sedikit ngan korang camne cara nak handle stress...
Tips nak deal dgn stress:

Pertama, Belajar cara nak kawal stress. Kadang kita rasa stress ni berlau di luar kawalan kita, tapi snanyer kita leh control stress ni kalau kita tau cara camne nak respon. Maksudnye, nak managing stress dgn btl ni sebenarnye depends pada cara kita deal dgn problem. Kadang ade org yg takleh sabar bila ade problem then die cepat ase stress. Aku pon leh cpt stress kalau serabut sgt.heh.. So, knela banyak belajar ttg "Stress Management" sbb kita leh blaja n tau mcm2 ttg situasi stress yg kita mampu kawal, camne nak respon dgn situasi yg kte takleh nak handle n mcm2 la. Kalau kat U ni byk je ade wat stress management. Mmg kita takkan lari dri rase stress dlm hidup, so, rajin2lah membaca ye kawan-kawan~ ^_^



Kedua, Kuatkan atau kukuhkan hubungan. Lagi kuat suport dr org2 yg kita rapat ni akan kurgkan stress kita. Cthnye, dr family members or kawan yg kita rapat or even org2 yg kita sayang. So, try as much as u can spending time with them mcm p picnic ke, jalan2 ke n mcm2 lg aktiviti bersama yg leh kte rancang. If takde org yg kte percaya kita leh try buat aktiviti2 yg bermanfat n enjoy spt volunteer aktiviti, join persatuan ke sukan n mcm2 lg, n dari situ indirectly leh knl org2 baru n tau masyarakat sekeliling. 


Ketiga, Belajar relax.  Kalau tgh serabut bagai plus stress mesti pyh kn nak rilek. Lagi2 mcm nak exam kn, mesti stress sgt. Kadang aku kalau tak tahan sgt mesti nak nanges je ase. haha.. so,marilah kte sama2 belajar relax er.. bak kata dia, aku kne byk belajar sabar juga.. heh, tlg guide ssaya ye...weeee!~


So.....


Belajarlah utk kawal stress, kalau tak mmg saket sgt.. :)


Saturday, February 26, 2011

Hilangkanlah rasa ini

Entry kali ni mcm sadis sket la..plus terkilan sgtla... minggu lepas adela dlm 2,3 hari lepas bknlah hari-hari yg bgus utk ak..bermain dgn emosi sgtlah memeritkan..huhu..lg2 plak ilang bende yg sgt disayangi..ni baru benda bukan org...heh


pertama: hp ku hilang licin bersama-sama begnye sekali...aduiii!~ mmg er rase sgt2 terkilan n down sgtla..huhu~ ilang skali dua lak tuh..mmg benda2 dlm hp tu bermakna, of course la kn. tp yg cam terkilan sgt ccoz dia bg, waaa~ mmg tak tau nk ckp ape la kn...huhu...terdiam n muhasabah je yg mampu..ade la tu yg Allah nak tunjuk kat aku...mmg nak redha pon amek masa la..



kedua: jam tangan. mmg sygla..lg plak pki duit sendiri..ak ni kalau tak pki jam mmg takleh..rasa lain aje ha...gbr sebelah ni tinggal kenangan jela..tp, bila pk2 mgkn ade sebab jgk, nak bg ilang memories lame2 kot.. tu yg bagi ilang tuh..haha...tp jam ni ilang da lme dlm 3 bln lepas..kdg2 tu teringat2 juga tp nak wat cne.. "barang lepas jgn di kenang"..



ketiga: sakit hati. ak ni sush sket nak sakit hati teramat sgt dgn org, tp bila sesorg tu mula wat benda yg mmg ternyata salah, mmg ye takleh nk thn.mmg nak nages je asee (haha da nanges da pon :P )..kalau pasal nak jg hati org sume ni mmg pyh gakla..skali dua tu leh lg kot, if da byk kali pyh gakla kn.. mmg time tu mmg menguji sgt kesabaran n kekuatan hati..nak ckp pon da tak guna da, coz tak phm2.. jdinye diam aje la yg perlu time tu..huhu


so, minggu yg sgt memenatkn bila terkilan + sedey + emosi yg sgt mencabar kekuatan n kesabaran hati..perlu byk2 bersabar dlm menghadapi karenah org sekeliling kalau x susah nak hidup.. 


terima kaseh pada dia yg byk beri nasihat aka kaunselor aku... ^_^ thank you!!~


moga hari-hari ku yg mendatang ni lebih beri aku ketabahan hati n matang dlm mengawal emosi n juga hari2ku lebih baik dari semalam2.. 


chill safya!~




Monday, February 21, 2011

Taman Syurga itu Indah

Td p dgr kat surau umh aku..Ustaz Zulkarnain Al Hafiz bg kuliah sempena Maulud Nabi.. sgt bestla...ala, ust zul ni die selalu muncul di Astro, jd hos Kalam Suci, Imam Muda n mcm2 lgla.. kadang org ckp kuliah ni boring ngantuk,mmg btl..tp depends jugak la.. ngantuk tu one of the challenges gak dlm nak capai taman syurga yg btl2 punya.. kan? :)


so, kat cni nak sharing la sket ape aku dpt kn..mule2 p td lenggang aje mls nak pg ape2 kan,dahtu bila da dgr syok plak, mula la tercari2 pen n kertas nak tulis..heh.. lesson tuk lain kali, bw aje pen kertas p memane, sng cte...


Nak tau tak mcm mana bermulanya Maulud Nabi ni? ok,ustaz zul kata idea utk buat sambutan maulud nabi ni bermula dari Salahuddin Al-Ayubi.. itu pun di cetuskn setelah lama sikit nabi wafat.


Macam mana orang2 Arab time tu sambut maulud nabi ni? haa.. gni.. mereka sambut malud nabi dgn berselawat dgn penuh semangat sambil bawa sepanduk, jalan ke lorong2 rumah, mmg bergema la kota Irbid time tu..time derang selawat tu, ade la dlm 2000 bait lirik terhasil, mmg variasi la.. (bila dgr ni mmg sgt excitedla, ust zul pon ade demo time ni, sgt best dgr!)


Jadi, ape yg Nabi bawa? Nabi bawa Al-Qur'an untuk betulkan agama. Cth: zaman Nabi dulu org buat tawaf dgn telanjang aje, lelaku tawaf masa sinag, perempuan lak masa malam (haa...cuba la bayang mcm mane tu...mesti tak terbayang kan? heh)

Ada 3 benda yg Nabi bawa iaitu: 1. Iktikad 2. Ibadah 3. Akhlaq

Contohnya: Nabi dah hapuskan syirik, tp sekarang? byk je perkara syirik yg berlaku. Ada org percaya kalau letak uri perempuan di tepi jalan, nti cepat dpt jodoh. haa, bahaya btl gni..

Nabi juga da betulkn ibadah, n da tunjukkn cara2 camne nak buat dari sunah Nabi sendiri. Ibadah mestilah dilakukan dgn nyatakan keyakinan pada perbuatan. Syarat ibadah sesorg diterima pula ialah bila ikhlas n juga itiba' ( dalam arab ejaan nye huruf alif-ta'-ba'-alif-'ain)


Ibadah kena ada Itiba'.
Ust Zul ade bg cth, mmg kelaka la.

Ada sorg pkcik ni dia solat, bila time tahiyyah akhir tu, die buka tapak tgn kanan n kmudian die tutup smula. Tapak tgn kiri pon pkck tu wat gtu juga. Then, usai slt, ust tanya n berlakulah sedikit conversation..:
Ustaz: "Pakcik, nape pkck buka tapak tgn kanan kemudian tutp smula?".
Pkck: "Nak syurga la ustaz, tu yg kne buka tapak tgn, nak masuk syurga knela buka pintu nye dlu, kalau tak, takleh masuk." Ust senyum aja la. hehe..
Ustaz: "Pakcik, np pkck buka tapak tgn kiri n tutp smula/ terbalikkan smula mcm pakcik buat tapak tgn kanan td?"
Pakcik: "Malaikat marah, takleh buka syurga lama2, tu yg kena tutp cpt"

haha...mmg er sabau jela haaa...


Then, Akhlaq. Haa..akhlaq ni la yg pyh nak di jaga. kdg sedar tak sedar kita da tersalah tingkah laku.

Cth yg senang ialah mengumpat. Suatu hari, Aisyah r.a jalan dgn nabi. Kemudian, Aisyah tunjuk kepada Nabi seorg perempuan pendek dgn tgnnya. Nabi pon berkata: "Ya Aisyah, kamu telah melakukan ghibah (mengumpat)

Maksudnya, even body language je da menyebabkn sesorg tu tergolong dlm ghibah, apatah lg dgn kata-kata. (peringatan utk diri sendiri n kamu semua yg tersayang :) )

Imam Ghazali kata, ade 6 perkara tak di anggap ghibah:
1. sebut kebaikan dalam mahkamah
2. dengar org tgh numpat n kita pon join sama, tp dgn niat nak berhentikan bukan join sklai mengiyakan ye... :)
3. sebut di khalayak ramai ttg hukum walaupon org yg dimaksudkn ada dalam majlis.
cth: Abu Sufian. Hindon tlh bertanya Nabi dalam 1 majlis yg dihadirinya: "Ya Nabi, suami aku kedekut, jadi macam mana?", dan Nabi jawab: "Kau ambillah hartanya sbg nafkahmu".
4. sebut keburukan sesorg disebabkan nasab atau pekerjaan.
5. sebut seseorg yg zalim agar tak contohinya. cth: "Jgn jd seperti Mubarak..."
6. sebut dgn nama gelaran yg biasa dgn masyarakat setempat.



Juga, Allah laknat perempuan yang:
- mancukur/ cabut bulu kening
- memakai something yg lukis2 di tgn (mcm inai yang rm5 ade d kl tu)
- didandan oleh lelaki lembut/pondan


Nabi sabda: "Sesungguhnya umaktu akan berpecah kecuali golongan Ahli Sunah Jama'ah"


Jadi, ape perlu kita buat? HIDUPKAN SYARIAT DALAM DIRI DGN IKTIBA'.

Cara?? JANGAN tinggalkan 5 perkara di bawah ni:
1. majlis ilmu
2. baca Al-Qur'an (kalau leh istiqamahla, wat tiap hari, tak kesahla sikit ke banyak..lagi2 lelaki kerna lelaki akan jadi imam dlm keluarga)
3. bangun malam
"Kehebatam umatku, pejuang2 dlu, nabi2 terletak pada bangun malamnya"
4. zikrullah
5. pemakanan (pemakanan penting krn pemakanan lah yang mendidik shaksiah sesorg)


heh, phm ke eh? tak phm t tny la eh? :)


So, kesimpulannya, skrg ne penting utk Ghazwah pemikiran, berdasarkan kpd 3 benda yg disebutkn iktikad, ibadah n akhlaq. And sume ni mesti ade ikhlas n itiba'.

Ni la sedikit sbyk yg dpr dri ape yg di dgr.. moga2 sama2 dpt inpur la er..


Sesuugguhnya memang taman syurga itu indah..Sama-samalah kita ^_^


waalahu'alam..

Friday, February 18, 2011

: : Sakit itu nikmat : :


Kita semua mesti takkan nak jangka bila sesuatu terjadi dgn kte secara drastik..kan? Lagi-lagi kalau sakit.. bila sakit kte asek rase nak mengeluh aje..semua org mesti la nak sihat aje kn,sebab kalau sakit mesti wat kte sedey aje..Ada org bg dia, sakit ni kadangnya wat sengsara tp sebenar-benarnya  sakit adalah nikmat utk kita.. 
Sakit ni dtg dari Allah...jadi, mesti ade sebab nape Allah bg kita rasa sakit..kan setiap apa yg di jadikan Dia ada sebab musababnye..jadi bila sakit, ia adalah sesuatu yg baik utk kita...kalau leh , toksahla mengeluh sgt.. (tgh try jugak ni utk diri sendiri :) )
Bila sakit, kita akan rasa sgt menghargai nikmat yg Allah berikan kita.. bila sakit dtg mesti dok pk napela tak settlekn awl2 la, itu la inila...rase nyesal pon ade kn..btl x? heh.. tp bila kita sehat tula kadang wat kita alpa n lupa..sikap duk tangguh2 takpa, sok2 nanti leh wat, padahal kite tak tau sok ape akan jadi.. Kita ambil la masa btl2 utk build again our relation with Him yg mmg da renggang di waktu kesenangan kita.. Kan sakit ni juga kifarah wat kita.. sbg penghapus dosa-dosa kita.. juga peringatan kpd kita..

"Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabah, rasa lelah, penyakit, rasa sedih, sampai kekalutan hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya.” 
(HR. Bukhari-Muslim)
 

Sakit mengajar kita erti kesabaran n kekuatan hati...mcm aku, mase mula2 ase sakit mmg la asek je nangis..hehe..tp lame2, kalau btl nak nangis pon ,tahan aje la...kalau asek je nanges, kering la nti.. bak kata dia, kalau nangis skrg, nanti akan dtg takde da air mata.. :P Mmg kene sabar..kan Allah bagi kite ujian, baru je sikit dgn sakit yg Allah bg, kalau nak dibandingkn dgn Nabi dulu, lagila...Hati pon kenela kuat, kalau tak, cne la kita nak facing people.. nti org tgk kita lemah aje, pastu lembik, sape nak gtu kn? :) tp kalau hati tak kuat, tu yg leh buat ade org rasa nak bunuh diri n mcm2 lgla solution "jangka masa pendek" yg diambil, skrg ni pon kite leh tgk kat negara kita..

The other thing, sakit bagi pengalaman yg sgt berharga...tak tau nk ckp cne, sbb aku sendiri pon alami nya... bg aku, sakit mmg beri aku lesson, sakit ajar aku utk berubah..n stil tgh try utk change tp step by step la kn..heh..(perubahan perlu ade istiqamah :) )  the real thing is sakit ni adalah sesuatu yg bagus n positif utk kite.. Nak di mudahkan la..mcm rase dpt durian runtuhla gtu...rase gifted sangat...tu yg kene hargai btul2...

Janganla putus asa bila ditimpa sakit or musibah coz setiap penyakit itu akan ade penawarnye...even aku da try mcm2 utk baik, at one point dlu pon ade ase give up, tp try juga...utk diri sendiri jugak kn... n Alhamdulillah skrg arap2 nye adalah solution yg terbaik utk penawar aku :)  (if nak tau, leh tny personally :) ) 

haa..ni yg saaaaaaaaaaaangat penting..jgnla kita nak arapkan sakit itu nak sembuh kalau takde usaha n doa...berterusan doa kepada Allah, sesungguhnye Dia akan dgr doa hamba-hambaNya lagi2 kalau yg sabar selalu...

"Kesabaran adalah permata"
"A hope is not only hope if you strive to have it"
"Never ever give up"
^_~


Monday, February 14, 2011

..Silent please..

"Silent is gold". Ni yg aku baca dlm bilik mu'az..heh..tp aku tedetik nak tulis pasal silent ni bkn sbb aku terbc mu'az nye pon..heh.. tp btl kn diam itu perlu,sgt perlu...aku terdetik nak tulis bila aku terima one important lesson today dari dia...Thank You!~ :)

Silent can be good or bad...but the exact n true thing is SILENT IS BETTER.. kita perlu diam pada certain2 keadaan je... bile kne marah ke kne tegur ke, better kte diam..itu yg terbaik..kalau kite menjawab or lawan, mestila jadi gaduh kn? kan tak baik tuh...even mcm mana pon kte geram ke bengang ke, diamlah...dgn diam tu hati kan tenang..kalau tak jugak, beter amek wudhu'..itu lagi bagus...Si dia pon cakap: "Sometimes it is better to remain silent."  Bila kte diam, one thing kte da develop SABAR.. this is the best thing we should have...


tapi........................


Ada benda gak kita tak perlu diam..Bila kita ade terasa hati ke better kte suarakan dgn hemahnye kpd org tu..selalunye ckp terus terang org sng nak terima dr asek nak ckp belakang je kn..tp kalau kte npk die mcm emo je dgn ape kte ckp, better kte minta maap..itu lg baik dari keruhkan keadaan je kn..the other thing, if simpan aje dlm hati ape kte rase, lama2 ati pon luka berdarah, da payah nak sembuh lak kn...


jadi.......................


selalu MUHASABAH DIRI.. coz kdg2 kte tak sedar ape bende kte wat, kte ckp dgn org sekeliling yg kita sayang.. ^_^

Thursday, February 10, 2011

"Be strong, U have a future to build"

Btul, btul, btul...nak build something kita kena kuat, otherwise we will easily give up.. nak achieve something juga perlu ade kesabaran n kekuatan.. Allah takkan bagi kita sesuatu dgn senang2 aje..
We have to strive for it~ Bak kata si dia: "Be strong, u have a future to build".. 
Dia nye kata-kata mmg bg semangatla..bila ase nak jatuh je trus ingat ape die kata, 
thank you!~ ^_^

Everyone must have their own target what things they want..to get a better future, u must put ur effort for it...takleh la nak tunggu aje,sah2 la mmg tak dpt kn..nak build something juga kne ade planning, kalau tak hancus..kne gak seimbangkan ape yg kte wat tu, kalau tak payah gakla nak handle all things in one time..n biasela juga kalau kita tak merasa gagal n jatuh,tak sah..sbb nak capai ape kita nak,byk challenge..sometimes bila ase gagal nak achieve sesuatu, mmg sedey, selalu tertanya2 nape leh jd gtu.. 
tp the things is perlu POSITIF..

Mcm dalam buku la tahzan, buku tu kata: 
"Tidak merasa gagal dan kecewa, kerna sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir & akal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali, tetapi yg dikenal hanyalah usahan & pembaikan."

kalau kita tak rase gagal, kita takkan rase nak achieve ape kite nak..gagal tula yg tunjuk tahap mana kita leh capai n tunjuk juga kelemahan kita..n dari situla kita kan ase nak usaha habis2an..jgn pernah sekali2 ase putus ase, sbb itu bukan sifat org yg nak berjaya..

Umi selalu ckp, bila kita mcm susah nak dpt sesuatu kita nak,ade sbbnye, kne balik smula dgn relation kte dgn Allah..ade sebab nape Dia tak bg kita..kita dekat dgn Allah bila kita rase susah,sedey..tp bila kita hapy gembita, kita kurang dgn Dia..Allah takkan uji sesorg melainkan Dia tau seseorg tu kuat dlm hadapi ujiannye..

So, nak build future perlu ade  
SABAR + USAHA + DOA BYK2 = FUTURE..
InsyaAllah ^_^